10 Telefon Pintar Android Terbaik

10 Telefon Pintar Android Terbaik

10 Telefon Pintar Android Terbaik - Google baru-baru ini mendedahkan bahawa kini sebanyak 1.5 juta peranti dikuasakan oleh Android seluruh dunia. Justeru, wawasan mencapai jumlah penggunaan Android sebanyak 1 billion sedang melalui landasan yang betul. Peranti-peranti seperti Samsung Galaxy S4, HTC One, Sony Xperia Z benar-benar mampu menggugat penguasaan Apple melalui produk iPhone nya. 

''Baru lima tahun dah power macam ni. Bagus betul Android ni,'' ujar Encik Larry Page, CEO Google, dengan nada bongkak sambil menambah tidak mustahil jumlah peranti yang menggunakan Android akan mencecah sehingga 900 juta. Manakala untuk app-app dari Google - sebanyak 50 billion jumlah muat turun telah dibuat melalui stor Google Play yang memiliki lebih daripada sejuta aplikasi di dalamnya.

Jadi, kalau korang berminat dengan telefon pintar yang menggunakan Android, terdapat pilihan-pilihan menarik bakal disediakan melalui artikel ini; 

10 Telefon Pintar Android Terbaik

1. HTC One

HTC One adalah telefon pintar yang serba lengkap, menarik dan mudah digunakan. Selain daripada memberikan pengguna genggaman yang selesa, telefon pintar ini turut mempunyai paparan LCD yang cantik. Ini kerana ia menggunakan paparan piksel yang tertinggi bagi seluruh telefon pintar iaitu 469 ppi. Ia juga turut dilengkapi dengan kamera yang hebat serta mampu mengambil foto di dalam keadaan pencahayaan yang kurang. Antara muka BlinkFeed yang disediakan memudahkan pengguna mengakses ke media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Sukar untuk mencari kelemahan yang ada pada telefon pintar ini melainkan pada jangka hayat bateri yang singkat. Tapi takdalah singkat sangat sampai cas pagi, tengahari dah 'flat'. Dari segi luarannya pula, ia diberikan kemasan aluminium, di mana ia agak licin dan berkemungkinan pengguna akan kerap menjatuhkannya secara tidak sengaja.

Selain daripada masalah-masalah yang dinyatakan tadi, HTC One secara keseluruhannya adalah peranti yang hebat.

10 Telefon Pintar Android Terbaik

2. Samsung Galaxy S4

Samsung Galaxy S4 adalah kesinambungan daripada Galaxy S III yang hadir tahun lalu. Ia hampir sama dari segi reka bentuk luarannya selain mengekalkan ciri bateri yang boleh ditukarganti.

Paparan HD nya memukau dengan kejituan resolusinya, kecerahan warnanya dan keperincian imejannya. Menggunakan Super AMOLED, tiada yang setanding dengan Samsung untuk paparan skrin telefon pintar yang paling menawan. Ketajaman paparannya mampu membuatkan teks-teks tulisan di dalam ebook sangat jelas seakan-akan ia dicetak di atas kertas.

Walaupun pada sesetengah pengguna tidak gemarkan saiznya yang besar dan rekabentuk luarannya yang sepenuhnya plastik, Samsung Galxy S4 mampu menarik minat keseluruhan pengguna dari segi spesifikasinya yang dilengkapi cip pemprosesan yang tinggi, storan memori yang boleh dinaiktaraf serta skrin paparan yang cantik. 

10 Telefon Pintar Android Terbaik

3. Sony Xperia Z

Percubaan dari Sony untuk membuat telefon pintar yang terbaik dari segenap segi dilihat telah berjaya melaui Xperia Z. Ia adalah terbaik dari sudut paparan skrinnya yang besar bersaiz 5 inci, rekabentuk luarannya serta kamera yang berkuasa tinggi. Disamping itu juga ia, diperkuatkan dengan pemprosesan empat teras.

Walaupun ia dilengkapi dengan kamera 13 megapiksel dan sokongan 4G, ia masih lagi bukan telefon pintar paling berkuasa keluaran Sony setakat ini. Pemantapan dari segi ciri-ciri berprestasi tinggi ini menandakan usaha gigih Sony untuk menguasai pasaran telefon pintar tahun ini setelah prestasi yang mengecewakan sepanjang 2012.

Sony tidak gemar membina sesuatu yang hodoh terhadap produknya. Oleh itu Sony Xperia Z, tidak dapat mengelak daripada unsur rekaan yang ramping dan elegan sepertimana produk-produk Sony yang lain.

10 Telefon Pintar Android Terbaik

4. Huawei Ascend P6

Huawei Ascend P6 adalah telefon pintar yang paling nipis di dunia.. setakat ini. Ascend P6 adalah sebuah pembelian yang boleh dikirakan sebagai berbaloi jika dibandingkan dengan telefon pintar yang lain yang setara dengannya. Kekurangan pada peranti ini adalah ia tidak dilengkapi dengan 4G serta antaramukanya yang kurang menarik dan agak kurang mesra pengguna walaupun ianya boleh diubah mengikut cita rasa pengguna.

Bagi kedua-dua jenis kamera yang dilengkapkan pada depan dan belakangnya, kelebihan tertumpu pada kamera hadapannya dimana resolusi kameranya lebih tinggi berbanding para pesaingnya.

Secara keseluruhannya, Huawei Ascend P6 adalah telefon pintar berprestasi tinggi pada harga paling murah dibandingkan dengan telefon pintar berprestasi tinggi pengeluar lain. 

10 Telefon Pintar Android Terbaik

5. HTC One Mini

Adik kepada HTC One, ianya mempunyai ciri yang hampir sama dengan abangnya, cuma bersaiz lebih 'comel'.

HTC One mini adalah telefon pintar bukan 'flagship' yang paling menawan pernah dilihat. Ianya lebih menarik daripada telefon pintar 'flagship' sesetengah pengeluar.

Walaupun banyak ciri yang perlu dikorbankan untuk mengurangkan harganya, namun ianya masih lagi di tahap memuaskan. Paling menonjol bagi telefon pintar ini adalah pada jangka hayat baterinya. Semua ciri-ciri telefon pintar terkini ada padanya termasuklah paparan skrin yang jelas, kualiti audio yang bagus dan prestasi yang baik untuk kegunaan harian.

Menampilkan kuasa pemprosesan dwi-teras Snapdragon 1.4Ghz dan 1GB RAM, sehingga kini telefon pintar ini masih lagi mampu menjalankan aplikasi dari Google Play tanpa sebarang gangguan. 

10 Telefon Pintar Android Terbaik

6. Motorola RAZR HD

Motorola RAZR HD adalah telefon pintar Android bersaiz besar yang memiliki jangka hayat bateri yang lebih lama dan bercirikan tahan lasak. Pastinya ia adalah ciri-ciri mengagumkan yang jarang diberikan oleh pengeluar telefon pintar lain.

Rekabentuk luarannya kelihatan sedikit janggal dan spesifikasinya pula lebih rendah jika dibandingkan dengan pesaingnya. Penggunaanya pula kadangkala mengalami sedikit tergendala dan berkemungkinan memberikan anda rasa jengkel bila menggunakannya. 

10 Telefon Pintar Android Terbaik

7. Samsung Galaxy Note II

Ini telefon ke tablet? Oh, ia adalah kedua-duanya sekali - ia kini tergolong di dalam kategori 'phablet'.

Bagi sesetengah pengguna yang gemarkan skrin besar, visual cantik yang dipaparkan pada skrin 5.5 inci dan dilengkapi ciri Super AMOLED HD pastinya akan menambat hati. Ditambah dengan pena stylus khas dari Samsung - yang dikenali sebagai S-Pen - ia bakal meningkatkan daya kreativiti dan produktiviti para penggunanya

Melalui S-Pen, para pengguna dapat menggunakan ciri Air-View disamping menulis catatan, melukis dan mengedit foto terus di atas paparan telefon pintar. Ia juga memiliki ciri EasyClip yang membantu pengguna membuat kopipes (copy-paste) dengan lebih pantas. Kini, para student boleh meniru assignment dengan lebih mudah.

Dioperasikan oleh Android 4.1.2 dengan menggunakan pemprosesan empat teras 1.6Ghz, Galaxy Note II hadir dengan tiga variasi storan - 16GB, 32GB dan 64GB. Selain itu, ia turut dilengkapi kamera belakang 8 megapiksel. 

10 Telefon Pintar Android Terbaik

8. Asus Fonepad

Pada dasarnya, Asus Fonepad adalah sebuah tablet bersaiz 7 inci, namun ia turut menawarkan ciri panggilan 3G.

Ia dilengkapkan dengan pemproses Intel Atom Z2420 1.2GHz dan resolusi paparan 1280 x 800. Sebagaimana tablet lain, ia turut didatangkan dengan pilihan variasi storan 8GB dan 16GB disamping slot penambahan SD mikro yang mampu dimuatkan storan tambahan sehingga 32GB.

Penumpuan tablet ini lebih kearah fungsi telefon berbanding tablet, justeru ia turut dilengkapi dengan mikrofon yang amat jelas dan sambungan bluetooth untuk kegunaan handsfree. 

10 Telefon Pintar Android Terbaik

9. Samsung Galaxy S4 Zoom

Termasuk di dalam senarai kerana ciri keunikannya. Samsung Galaxy S4 Zoom adalah peranti Android yang menggabungkan ciri-ciri hebat yang ada pada telefon pintar dan kamera kompak. Berbanding Samsung Galaxy Camera sebelum ini yang besar gedabak, Samsung Galaxy S4 Zoom turut ditambah dengan ciri panggilan suara.

Ciri yang paling menarik bagi telefon pintar bersaiz 4.3 inci ini adalah lensa zoom optikal 10x yang didatangkan bersama. Lensa ini diperkuatkan dengan Sensor CMOS BSI 16 megapiksel, penstabil imej, 24-240 mm wide angle shooting dan Xenon flash.

Perlu diingatkan bahawa ia sememangnya kamera kompak lengkap yang turut dimuatkan dengan perkakasan yang berteknologi tinggi. 

10 Telefon Pintar Android Terbaik

10. Google Nexus 4

Walaupun ianya telah lama berada dipasaran, namun ia masih dikirakan sebagai antara yang terbaik. Paling menarik bagi telefon pintar ini adalah dari segi kemaskininya. Pada kebiasaannya, ia akan menerima kemaskini dari Google lebih awal berbanding peranti Android lain termasuklah kemaskini yang bakal muncul nanti, 4.3.

Kualiti dari segi perkakasan dan luarannya hebat walaupun kameranya tidaklah terlalu menarik, tetapi ianya memadai bagi sebuah telefon pintar. Jangka hayat baterinya juga cukup baik. Cuma kekurangannya terletak pada storannya yang tidak boleh diperbesarkan lagi.
LihatTutupKomentar